Kasut futsal saya

lama1

Ini kasut futsal saya. Kasut futsal saya berjenama Adidas tapi model sudah lupa.

Kasut ini saya beli pada tahun 2007 dengan duit gaji pertama saya.

Azam saya ketika membeli kasut ini adalah untuk gigih bersukan.

Seperti mana anda boleh congak, sudah 7 tahun saya menggunakan kasut futsal ini dan ia baru rosak.

Ini menunjukkan bahawa azam saya telah gagal sama sekali kerana setelah bertahun-tahun baru kasut futsal saya rosak.

Sebab kasut saya sudah rosak, saya ada alasan untuk membeli kasut yang baru. Yay!

Continue reading Kasut futsal saya