Persembahan Ipad2 kepada si mati

Memang satu kebiasaan masyarakat Cina pada perayaan QingMing, hari di mana masyarakat Cina menghantar persembahan kepada mereka yang telah mati menggunakan bahan-bahan dari kertas (kebiasaannya la). Kebiasaan seperti perabot, kereta, pakaian, wang kertas palsu (hell bank notes) dan pelbagai barangan tradisional lain.

Tahun ini, terdapat pelbagai persembahan baru seperti iphone 4, ipad 2 dan juga TV LED khas untuk si mati. Salah seorang dari pengedar barangan seumpama itu di Malaysia memberitahu barangan seperti iPad 2 amat laris sehingga kehabisan stok! Saksikan video di bawah.

p/s : kat Malaysia, ipad 2 tak kuar lagi..tak tahu bila…tapi orang yang mati dah dapat dulu dah…