Kasut futsal saya

lama1

Ini kasut futsal saya. Kasut futsal saya berjenama Adidas tapi model sudah lupa.

Kasut ini saya beli pada tahun 2007 dengan duit gaji pertama saya.

Azam saya ketika membeli kasut ini adalah untuk gigih bersukan.

Seperti mana anda boleh congak, sudah 7 tahun saya menggunakan kasut futsal ini dan ia baru rosak.

Ini menunjukkan bahawa azam saya telah gagal sama sekali kerana setelah bertahun-tahun baru kasut futsal saya rosak.

Sebab kasut saya sudah rosak, saya ada alasan untuk membeli kasut yang baru. Yay!

Continue reading Kasut futsal saya

Terima kasih MyTeksi

Susulan dari blogpost aku tempoh hari, aku telah dipilih sebagai blogger pilihan untuk review Myteksi app. Sesungguhnya aku tak sangka menang sebab niat asal aku adalah menulis review app Myteksi yang telah sekian lama terpendam di hati nak tulis, alang-alang ada contest, aku gigihkan menulis post tuh.

Me collecting the prize from myteksi app review
Me collecting the prize from myteksi app review

Nak pulak diri ini memang spesies tak reti nak senyum. Terpaksa la cameraman amik gambar berkali-kali. Haha. Special thanks untuk Vincent from Myteksi for the hospitality.

Tahniah untuk diri sendiri kerana gigih menulis blog post itu. Clap clap clap.