[Tools] f0recast sudah dikemaskini ke version 1.3

F0recast adalah salah satu tool yang sangat berguna untuk pengguna IOS. Aplikasi ringkas ni memberikan anda info-info yang berkaitan dengan bootloader, serial number iDevice, version iOS, model iDevice dan sama ada iDevice anda boleh dijailbreak (sama ada tethered atau untethered) dan juga keupayaan untuk unlock iDevices anda ( bagi pengguna iDevice yang tidak menggunakan sim kad daripada pengeluar asal).

Untuk memuat turun f0recast, anda boleh melayari http://ih8sn0w.com/index.php/products/view/f0recast.snow

Jailbreak : Untethered jailbreak untuk 4.3.3 menanti masa untuk dilepaskan

Pengesahan i0n1c bahawa beliau telah berjaya menggunakan untethered jailbreak ke atas ipod 4. Berdasarkan pengumuman ini, kemungkinan besar untethered jailbreak akan dilepaskan kepada umum selepas pengubahsuaian ke atas source code exploit diberikan kepada pembangun-pembangun aplikasi jailbreak.

Mungkinkah kita akan mendapat untethered jailbreak untuk 4.3.3 pada hujung minggu ini?