[Video] iOS 5 di iPhone 4

Jikalau entry sebelum ini memberikan gambaran kelajuan di atas iPhone 3GS, bagaimana pula dengan iPhone4? Saksikan video di bawah.

httpv://www.youtube.com/watch?v=oxBsKO2lJQk

httpv://www.youtube.com/watch?v=K4YT0i98fI8

Kualiti video tidak memuaskan.Diharapkan lebih ramai pembangun aplikasi akan memberikan video yang lebih jelas yang menunjukkan iOS 5 di atas iPhone 4 dan juga iPad.

[Video] iOS 5 di iPhone 3GS

Berdasarkan pengumuman di WWDC, iOS 5 masih akan menyokong iPhone 3GS. Walau bagaimanapun, tidak kesemua fungsi dalam iOS 5 akan dapat digunakan dalam iPhone versi tersebut. Video di bawah menunjukkan iOS 5 di dalam iPhone 3GS.

https://www.youtube.com/watch?v=LBQ1T8A2qQY

Berdasarkan video tersebut, iOS 5 seakan dapat digunakan dengan lancar dalam iPhone 3GS namun ini tidak bermakna apabila iOS 5 dilepaskan kepada umum, kita akan mendapat prestasi seperti ini. Adalah diharapkan iOS 5 akan lebih ringan daripada ini dan bukannya memerlukan lebih kuasa pemprosesan.

[Berita] App Store menunjukkan sejarah pembelian aplikasi

Walaupun iOS 5 belum dilancarkan secara rasmi kepada umum, namun terdapat beberapa perubahan telah dapat dilihat pada iOS 4.3.x

Antaranya adalah aplikasi App Store di mana ia menunjukkan sejarah pembelian anda di dalam talian. Ia juga membolehkan anda memuat turun kembali aplikasi yang telah dibeli, namun tidak dipasang pada iDevices anda. (selalu terjadi apabila kita terlupa backup aplikasi semasa restore iOS). Fungsi ini amat berguna dan saya sangat gembira dengan pembaharuan ini.

Untuk mendapatkan skrin di atas, hanya mulakan aplikasi App Store anda dan pilih Updates. Di situ anda akan melihat satu ikon baru iaitu “Purchased”. Ini akan membawa anda kepada skrin yang menunjukkan semua pembelian anda di atas talian dan jika anda memilih “Not On This iPhone”, ia akan menunjukkan aplikasi yang pernah dibeli tetapi tidak dipasang dalam iDevice tersebut.

Ini adalah salah satu daripada cabang kepada servis iCloud yang telah diperkenalkan pada WWDC yang lepas.