[Prototaip] Dot : Projek kamera 360 darjah untuk iphone

Aku selalu terpikir camana orang buat filem/rekod video 360 darjah. Selepas tengok video ni, baru aku tahu diorang guna lensa khas untuk mencapai matlamat tersebut. Ala-ala macam CCTV punya penutup gitu.

Tapi lagi menakjubkan aku, ada jugak orang nak buat untuk iphone plak..Kekadang aku terpikir, hebat sangat ke kamera iphone sampai macam macam gadget tambahan orang cipta untuk iPhone?

Untuk video, klik ke link http://kck.st/lfclXH
aku tak reti nak embed video ni…haha

[Konsep] Pengendalian aplikasi lebih mudah dalam IOS 5

Setakat ini saya berpuas hati dengan cara untuk memilih aplikasi yang aktif and tidak aktif di dalam IOS 4.x dan sebelumnya.
Namun begitu, kadang kala terasa sengal kerana terpikir adakah ada cara yang lebih pantas dan mudah?

Jan-Michael Cart adalah seorang manusia yang langsung takde kaitan dengan Apple (kecuali dia pengguna iPhone) telah mengeluarkan idea bagaimana kita boleh memilih/menukar aplikasi aktif dan tidak aktif dengan lebih cepat.

httpv://www.youtube.com/watch?v=Rn4wt-6KRI0

Terus terang saya katakan, walaupun ini hanyalah satu konsep daripada orang yang takde kena mengena dengan Apple langsung dan pembangun IOS Apple tak akan “amik port” langsung dengan video ini dalam IOS 5, saya teruja untuk melihat ia menjadi kenyataan.

Adakah terdapat kemungkinan pembangun tweak Cydia akan membangunkan tweak seperti ini pada masa terdekat? Jika ada, ia sangatlah cool !