Pintu Toilet Baru

pintu toilet bi-fold

 

Pintu toilet baru aku. Ni pintu toilet jenis lipat dua atau orang puteh kata bi-fold. Rega leh buat tak masuk akal jugak untuk pintu tandas.

Kalau dah mahal kenapa aku beli? Sebab dengan harapan pintu ni leh tahan at least 10 tahun. Haha. Pintu toilet biasa tuh cepat rosak & aku nak something yang last longer.

Design dia leh pilih dari bebanyak pilihan. Ni design bini aku pilih..takut aku pilih dia tak berkenan plak nanti.

Kalau ada sesapa berminat nak tahu lebih lanjut pasal pintu toilet ni, let me know. Nanti aku tulis pepanjang sket pasal ni.

p/s : sila abaikan objek-objek lain dalam gambar.

WW : Meja Komputer Baru

IMG_0828

 

Meja komputer baru aku aka satu-satunya tempat aku dibenarkan buat semak kat dalam rumah aku. Buat semak tempat lain, mem besar akan marah…

Ni meja aku beli 2nd hand dari Lowyat.net…rupa masih baru & solid wood. Harga dia tolak pun sangat murah untuk meja komputer solid wood.

Kesimpulan : memang puas hati!

Krew AIMedia nak bertandang ke rumah

Pergh…rasa macam artis la pulak dah kan. Ada krew nak bertandang ke rumah. Haha. AzmanIshak.com selaku founder AI Media request nak datang rumah bersama konco-konconya. Reason? Datang nak wat video review Apple TV aku. Tak pernah-pernah ada orang mintak datang rumah nak wat review gadget aku. Hehe.

Ini la rupa benda yang akan direview.

apple tv 2 jailbroken

Yang kecik comel kat atas Astro box tuh yer.

Kepada sesiapa yang tidak mengenali AI Media, ia adalah sebuah syarikat IT yang juga terlibat dalam bidang fotografi, video, pembangunan laman web, rangkaian dan bermacam-macam lagi. Theme blog aku ini juga adalah theme FotoBesar daripada AI Media.

So sesapa nak tengok apa yang best sangat pasal Apple TV ni, tunggu video review daripada team AI Media yer.

Info lanjut mengenai AI Media:

Laman web – www.aimedia.my
FB page – https://www.facebook.com/AIMediaNET