Sepetang di SMWM 2013

Sedar tak sedar, dah dekat 2 tahun aku tak update blog rupanya. Punya la bersawang bak kata Azman Ishak. Hehe. Penat nak cuci sawang nampak gayanya ni.

Bermula hari ini, aku akan cuba gagahkan diri untuk update blog serajin mungkin. Azam tahun baru la konon nyer walaupun tahun ni dah masuk bulan tiga dah. Haha…

DSC_7949

Dan malam tadi, berlangsungnya majlis Social Media Week Malaysia 2013 atau nama pendek nyer SMWM 2013. Aku selaku blogger pencen telah diajak oleh brader Azman Ishak untuk menemani beliau ke majlis tersebut atas kapasiti plus one beliau. Orang selalu ajak pasangan hidup tapi dia pi ajak aku plak…sian bini dia kena tinggal kat umah jaga anak. Tuan badan aku la gamak nyer.

Aku ni dah lama berkecimpung dalam dunia blog, dah puas timbul tenggelam dalam dunia blog tapi ni la kali pertama aku dapat pergi majlis yang gilang gemilang seperti ini. Sesungguhnya ramai giler blogger aku yang aku tak kenal di masa dulu, sekarang baru nak bertentang mata. Tetiap hari, kije aku bangun tido adalah bukak Google Reader aku….dengan taik2 mata yang masih ada, rakus aku membaca blog-blog yang aku follow dan juga berita-berita dari seluruh dunia. Baca confirm, meninggalkan jejak belum tentu lagi kecuali kalau ada orang memerlukan pertolongan aku.

So sambung balik cerita SMWM 2013, Azman Ishak ni datang la amik aku kat umah. Aku pulak, habis smart pakai ngalahkan tuan yang nak amik award. Hehe. Dari rumah aku, tros masuk Smart Tunnel sampai la ke exit BB & terus sampai kat Berjaya Times Square. Lepak lepas parking keta sekejap & terus masuk hotel. Sampai-sampai jer tingkat 14 terus terserempak ngan Anarm & Tuan Denai Hati, tanya khabar ala kadar lepas tuh pegi masuk balik shopping mall nak smayang Maghrib. Kat surau, terjumpa plak ngan Abang Ensem & Ariff Shah and kami solat satu jemaah.

Lepas sembahyang, kitorang gerak balik pegi hotel & register kat kaunter. Merasa aku dok meja VIP sebab menumpang glamer AzmanIshak. TDH & Anarm pon dok satu meja ngan kitorang dan seperti biasa Anarm menjadi mangsa aku ngetest kamera. ( kamera pinjam dari adik aku ). Event bermula dan disebabkan aku memang dah kebulur, aku memang tak amik port sangat apa berlaku kat keliling. Sedar-sedar dah time award so sibuk la aku dok tembak sana sini.

Dan bawah ni adalah hasil-hasil tembakan aku di malam tadi.

Denai Hati amik gambar nak upload kat FB gamak nyer

DSC_7936

Zarul Umbrella menerima award
Zarul Umbrella menerima award
Tekong  menerima award mewakili Amanz.my
Tekong menerima award mewakili Amanz.my
DSC_7996
Nara menerima award bagi diri sendiri..haha
DSC_7999
Ariff Shah menerima award bagi blog sendiri
DSC_8004
Tuan Denai Hati menerima award bagi Most Creative Blog… menang tanpa bertanding lagi…haha
DSC_8017
Man of the moment. ( Woi takde gambar lagi jambu lagi ke? )
DSC_8020
Azman Ishak menerima award bagi blog fotografi
DSC_8021
Azman Ishak tak abes sengih lagi
DSC_8042
Lisa pon ada jugak
DSC_8040
Lisa Surihani tersipu-sipu malu gitu.

Dan ada sket lagi gambar-gambar yang aku malas nak wat caption.

Abes jer majlis, aku pon chow ngan Azman Ishak. Singgah Starbucks kejap beli Caffe Latte untuk Azman. Belanja sebab menang award & galang ganti duit minyak datang amik & antar aku… Hahahahahhaa….

Terima kasih kepada AzmanIshak kerana sudi mengajak aku ke event ini. Moga ko banyak lagi menang award pape, leh aku tumpang makan free kat hotel. Hehe.

8 thoughts on “Sepetang di SMWM 2013”

  1. akhirnya… update gak blog ni. hahahah… aku nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab tangkap gambo aku. dah photgrapher yang menang.. maka gambar sendiri memang tadek la nak tangkap. untung gak la ade member yang bawak kamera. hehehe.. tak sesia ajar manul malam tadi.

    nanti lepas bangun tidur, sila prektis main manual ye. wachaaa~

    1. yes, terima kasih di atas undangan jugak..fuh..terpaksa melayan manual seround…nasib baik gambar banyak menjadi wlpn belajar on the spot…haha

  2. haha gambar Azman Ishak menerima award bagi blog fotografi tu macam orang tu cakap ” sempoi betul mamat ni ambik trofi pakai macam ni.. aku siap pakai bow tie bagai!” hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *